Monday, 14 November 2016

Aku dan Dia

Aku punya seorang sahabat yang sentiasa ada di waktu susah senangnya aku
Ya dia adalah antara sahabat terbaikku yang aku pernah ada
Sehingga 1 hari dia bertemu dengan sang cinta
Dan dia terpaksa utk memilih cinta dan meninggalkan aku dgn seribu tanda tanya

Ya, sampai sekarang aku masih tertanya-tanya apakah salah yang aku buat sehingga dia terus mengelak dari ku. Aku faham dia mempunyai hati yang perlu dijaga tetapi perlu ke sampai melupakan sahabat yang pernah susah senang tonggeng terbalik masa belajar sama-sama. 

Semenjak kau bekerja ni sikit pun kau tak ingat kat aku. Dan sejak kau bekerja ni jugak lah aku perhatikan kau banyak berubah. Sungguh aku tidak cemburu dengan kejayaan yang kau kecapi hari ini tapi kau harus ingat kau berada di tahap sekarang ni atas bantuan kawan-kawan kau juga. Moga kau tidak lupa itu. 

Semoga kau terus bahagia dan berjaya aku doakan. I'm happy for you, bro. 



Wednesday, 18 May 2016

Our job is to love others without stopping to inquire whether or not they are worthy.
              -Thomas Merton-

Thursday, 31 March 2016

rindu

Pagi ahad lepas (27/3/16), dapat berita arwah angah eksiden, dia koma kat ICU. Aku fikir nantilah esok lusa aku turun KL pi ziarah. Tup tup malam tu dalam pukul 10.30 dapat berita arwah meninggal. See, ajal tak menunggu kita pun walau sesaat.
Kes arwah ni kes langgar lari and alhamdulillah lepas selesai pengebumian semua, orang yang langgar tu pun dah dapat ditangkap. Erm...bukan nak cerita pasal ni sebenarnya.
Masa sampai, tengok muka arwah teringat kenangan zaman kanak2. Dia dah macam abang dengan suka menyakat nye, Ya Allah rindunya. Sebenarnya lebih kepada rindu our family bonding yang sekarang entahla tak tau nak cakap camne.
Rindu sangat perasaan tak sabar nak balik kampung jumpe semua sepupu sepapat, bercerita, melawak and yang penting makan ramai2 sampai tak muat2 rumah onyang tu. How time flies so fast. Now, rasa nak balik pun malas because of the situation, environment not harmony as before. Duduk 1 bumbung tapi macam tak kenal, sorang ke hulu sorang ke hilir. What is this la! Bila situasi dah macam ni aku pun tak tau nak start macam mana.
However it is, childhood memory is the best. Harap sangat keluarga kita akan bersatu macam dulu. Semoga arwah angah juga tenang disana.

Wednesday, 30 March 2016

Tanam anggur part 1

Cepat betul masa berlalu. Banyak benda yang aku tak capai lagi. Rasa macam baru je lepas gelak2, kalut siapkan report, tup tap tup tap lusa dah masuk bulan 4.
Maknanya dah 2 bulan la tak ada khabar berita dari dia...(eh, tak sedih pun lah. Teringat je. Dah hang pi main jauh2, jangan mai singgah lama2 dalam otak aku.)
Syoknya, dok tengok kawan2 dah kerja. Rindu pulak nak bangun pagi2, siap2 pi kerja menghadap jem, breakfast pun dalam kereta sambil dok gelak layan johara. Tak pa aih ada rezeki aku nanti ikut jejal langkah depa.
La ni pun, dok buat part time ngaja. Ok what, ada la keje jugak kan. Ade jugak hasil dok tanam anggur di musim panas ni ha. Seriesly, seronok dapat ngajar. Mungkin dah memang minat kot tapi dok nafikan gak, konon nak keje ofis hahaha. Dapat ngajar math pulak tu, feveret oiii. Tapi sebb lama sangat tinggal math, memang kena study balik lah.
Esok pagi ada kelas mari lah kita tido. Tak payah nak mengarang panjang2 sangat.

Sunday, 28 February 2016

Aku harap bila fajar menyinsing
Jiwa kau tak akan lagi runsing
Berhenti berfikir untuk seketika
Lupakan segala semua derita
Hidup ini sekejap sahaja
Tak guna sentiasa berduka

-arlinabanana-

Friday, 26 February 2016

Omong kosong

Again beria bulan 10 tahun lepas kata nak update blog tup tap tup tap sampai la ni tak berupdate. Hehehehe

Maaf busy setelkan final report and presentation. Tak mudah rupenye untuk belajar sambil bekerja (padahal praktikal je pun).

Now, semua dah setel dan sedang berbahagia duduk dekat rumah menternak lemak-lemak tepu. Ish lemak ni suka sangat dekat aku agaknya, dok nak melekat je takmo berpisah. Budget-budget nak berzumba, jogging bagai hari tu last-last ke laut semuanya. Hahaha
Takpelah nanti kerja kita diet lah.